Saturday 7 April 2012

JODOH

Yang datang bukan jua dipanggil jodoh. Mungkin hanya satu watak yang singgah dalam hidupmu.Yang pergi pula bukan bermakna dia tidak ditakdirkan kembali. Mungkin dialah jodohmu.Mungkin jua tidak.Menantilah kamu dengan penuh kesetiaan dan kesabaran. Dan percayalah jodohmu akan tiba jua bersama takdir.Indahnya takdir jika kita ratapi bersama kesabaran dan kepercayaan.Kesabaran dalam menanti.Dan kepercayaan kepada takdir yang dibentangkan oleh Allah buat kita.
Andai dia bukan jodohku....

Andai dia bukan jodohmu jua....

La Tahzan..dan teruskan perjuanganmu.Teruskan tersenyum dan bersangka baik dengan ketentuan-Nya. Perlukah untuk dikau bersedih? Berasa marah dan kecewa? Perlukah kita mengalirkan air mata hanya kerana jodoh..Tidak sama sekali.Tidak waja,tidak perlu dan tidak patut.Jodoh satu ketentuan.Ia pasti tiba.Jika tidak di dunia mungkin di Jannah.

Insya-Allah. Amin.











conteng-conteng: Nur Adibah Binti Md Saleh 

No comments:

Post a Comment