Monday 2 April 2012

Air oh air......



Air adalah satu ciptaan Allah s.w.t yang ajaib untuk umatnya dan seluruh kehidupan di dunia. 

Tapi tahukah anda apa rahsia yang terkandung di dalam air??

Seorang penyelidik pakar dari Jepun telah membuka mata manusia bahawa air bukanlah sekadar 'air'..Beliau membuktikan molecule2 air boleh berubah-ubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ada pelbagai bentuk molecule2 air, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah berlian hinggalah ke hodoh dan menggerunkan.

Di sebuah seminar yang diadakan oleh pakar air dari Jepun itu menunjukkan molecule air berkilau dan bercahaya seperti berlian apabila dibacakan ayat2 Al-Quran , tetapi molecule air itu berubah seperti sel-sel barah apabila dibacakan kata-kata kesat kepadanya.

molecule air zamzam

molecule air yang dibacakan surah Ruqyah
contoh molecule air yang dibisikkan kata-kata tak elok.

molecule air dibisikkan nama syaitan

molekul air heavy metal


Ini terbukti dalam Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ ayat 82 mafhumnya:

“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi penyembuh(ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman(yang mempercayainya) dan tiadalah Al-Quran itu menambahkan kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” 


Ternyata air juga adalah satu kehidupan yang diciptakan Allah s.w.t.Inilah satu keajaiban Allah s.w.t yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah2 Allah s.w.t, tentu lagi berkilau cahaya molekulnya.




by: W Nur Izzati bt W Mohd Saipallah




No comments:

Post a Comment