Thursday 17 May 2012

terbentuknya KALENDAR HIJRIAH


Kalender Arab Pra Isla
  1. Tahun baru (setelah musim panas, sekitar September) dinamai Muharam.
  2. Pada bulan ini disepakati haram melakukan peperangan
  3. Bulan berikutnya dinamai Safar (kuning) kerana daun menguning, iaitu sekitar Oktober
  4. Bulan November dan Disember apabila musim gugur (Rabi’), maka dinamai Rabi’ul Awwal dan Rabi’ul Akhir.
  5. Musim dingin atau beku (Jamad) terjadi pada Januari dan Februari, sehingga dinamai Jamadil Awal dan Jamadil Akhir
  6. Salju mencair bulan Mac sehingga diberi nama Rejab (mencair)
  7. Musim penduduk turun ke lembah untuk bercucuk tanam terjadi bulan April, dinamai Sya’ban (Syi’b yang artinya lembah)
  8. Bulan Mei suhu mulai membakar kulit dan meningkat pada bulan Jun. Oleh karena itu dinamai Ramadhan (pembakaran) dan Syawal (peningkatan).
  9. Bulan Julai puncak musim panas, menjadikan orang lebih suka duduk di rumah daripada keluar, dinamai Dzul-Qo’idah (qa’id ertinya duduk).
  10. Bulan Ogos masyarakat Arab menunaikan ibadah agama nenek moyang mereka Ibrahim a.s., iaitu  berupa ibadah haji. Bulan ini dinamai Dzul-Hijjah.
Kalender  Islam
  1. Setelah turun QS. At Taubah: 36-37 Rasulullah SAW mengeluarkan dekrit bahawa kalender  Islam tidak bergantung pada perjalanan Matahari.
  2. Nama bulan Muharam s.d. Dzul Hijjah tetap dipakai kerana sudah popular, tetapi jatuhnya Ramadhan tidak selalunya pada musim panas, kerana bulan Nasi’ dihapus.
QS. At Taubah (9):36-37
  1. Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya 4 bulan haram (Dzul Qaidah, Dzul Hijjah, Muharam, dan Rajab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri (dengan berperang) dalam bulan yang 4 itu. Dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya. Dan ketahuilah bahwasannya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
  2. Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran, disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lainnya agar mereka dapat menyesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya, maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah. (Syaitan) menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka yang buruk itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
  • Penetapan Tahun Hijriah dimulai pada masa Khalifah Umar ibn Khattab (638 M) atas usulan Gabenor Iraq Abu Musa al-Asyari. Tahun 638 M saat dikeluarkan keputusan tersebut langsung ditetapkan tahun 17 H.
  • Setelah dibentuk panitia dewan yang diketuai Umar ibn Khattab dan anggota Uthman ibn Affan, Ali ibn Thalib, Abdulrahman ibn Auf, Saad ibn Abi Waqqas, Talhah ibn Ubaidillah, dan Zubair ibn Awwam ditetapkan tahun 1 hijriah adalah saat peristiwa hijrah kaum muslimin dari Makkah ke madinah atas usulan Sahabat Ali ibn Thalib.
  • Alasan Ali ibn Thalib mengusulkan hal tersebut adalah:
  • Dalam Al qur’an sangat banyak penghargaan Allah pada orang yang berhijrah
  • Masyarakat Islam yang berdaulat dan mandiri baru terwujud setelah hijrah ke Madinah
  • Umat Islam diharapkan sepanjang hidupnya selalu dilandasi oleh semangat hijriah, yaitu selalu dinamis untuk berhijrah ke keadaan yang lebih baik.
Sistem Kalender Hijriah
  1. Dari Muharam s.d. Dzul Hijjah, setiap bulan 30 atau 29 hari, sehingga 354 hari setahun
  2. Dalam setiap kitaran 30 tahun, 11 tahun adalah (Dzul Hijjah dijadikan 30 hari), iaitu tahun ke-2, 5, 7, 10, 13, 16, 18, 21, 24, 26, dan 29)
  3. Setiap 32 atau 33 tahun, dalam satu tahun masihi terjadi 2 kali Idul Fitri. Fenomena ini terjadi antara lain tahun 1870, 1903, 1935, 1968, 2000. Dan akan terjadi tahun 2033, 2065, 2098,  2130 dst
  4.  
nur zahirah othman

Saturday 21 April 2012

FOREVER FRIENDS

Sometimes in life, you find a special friend. Someone who changes your life just by being part of it. Someone who makes you laugh until you can't stop. Someone who makes you believe that there really is good in the world. Someone who convinces you that there really is an unlocked door just waiting for you to open it. This is forever friendship.
When you're down and the world seems dark and empty, your forever friend lifts you up in spirit and makes that dark and empty world suddenly seem bright and full. Your forever friend gets you through the hard times, the sad times an dthe confused times. If you turn and walk away, your forever friend follows. If you lose your way, your forever friend guides you and cheers you on. Your forever friend hold your hand and tells you that everything is going to be okay. And if you find such a friend, you feel happy and complete because you need not worry. You have a forever friend, and forever has no end.

FRIEND TILL JANNAH. Insya-Allah :)


created by : NUR ADIBAH BINTI MD SALEH

Saturday 14 April 2012

kEluARGA bERRy

Jom kenal keluarga bErrY:
  • strawBERRY






  •  raspBERRY
  



  • blueBERRY



  • bearBERRY

 



mek klate buat...

Sunday 8 April 2012

7ragam gangguan TIDUR

Gangguan tidur mempunyai ragam yang tersendiri, dan perlu diperhatikan oleh orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dapat dikenal pasti:

1. Delayed Sleep Phase Disorder
Masalah ini ditandai dengan kesukaran untuk tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi. Kebanyakan orang menganggapnya merupakan sesuatu yang normal tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.

2. Insomnia
Ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur, terutama di malam hari. Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup seperti stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.

3. Apnea tidur
Biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat saluran pernafasan tertutup, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru. Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk sepanjang hari.

4. Narcolepsy
Merupakan ganguan neurologi yang disebabkan kurangnya hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual tidugr dan bangun setiap hari. Narcolepsy akan membuat seseorang dapat tidur walau di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda mengantuk terlebih dahulu.

5. Restless Legs Syndrome
Merupakan satu gangguan yang dirasakan pada kaki. Rasa tidak selesa seperti rasa gatal dengan intensiti yang berbezabeza sering dirasai, menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.

6. Periodic Limb Movement Disorder
Penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.

7. Berjalan ketika tidur
Gangguan ini merupakan keadaan paling parah ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang biasanya dilakukan ketika di waktu lain, Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah dilakukan ketika sedang tidur.




by : normazila emilia

Saturday 7 April 2012

JODOH

Yang datang bukan jua dipanggil jodoh. Mungkin hanya satu watak yang singgah dalam hidupmu.Yang pergi pula bukan bermakna dia tidak ditakdirkan kembali. Mungkin dialah jodohmu.Mungkin jua tidak.Menantilah kamu dengan penuh kesetiaan dan kesabaran. Dan percayalah jodohmu akan tiba jua bersama takdir.Indahnya takdir jika kita ratapi bersama kesabaran dan kepercayaan.Kesabaran dalam menanti.Dan kepercayaan kepada takdir yang dibentangkan oleh Allah buat kita.
Andai dia bukan jodohku....

Andai dia bukan jodohmu jua....

La Tahzan..dan teruskan perjuanganmu.Teruskan tersenyum dan bersangka baik dengan ketentuan-Nya. Perlukah untuk dikau bersedih? Berasa marah dan kecewa? Perlukah kita mengalirkan air mata hanya kerana jodoh..Tidak sama sekali.Tidak waja,tidak perlu dan tidak patut.Jodoh satu ketentuan.Ia pasti tiba.Jika tidak di dunia mungkin di Jannah.

Insya-Allah. Amin.











conteng-conteng: Nur Adibah Binti Md Saleh 

Tuesday 3 April 2012

Minum pon ada caranya

jgn main langgah ja naa cek...







terliuq ka???
meh nk habaq satu benda n

" Rasulullah S.A.W.
mengajarkan kepada kita
satu prinsip yang sangat penting
ketika minum,
iaitu tidak bernafas ketika minum,
atau dalam kata lain
tidak bernafas di dalam bekas minuman."


 daripada Anas bin Malik R.A.

ketika Rasulullah S.A.W. minum,
baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman sebanyak tiga kali.
Dan baginda bersabda,
maksudnya:
" Hal itu lebih segar, lebih sedap, lebih nikmat "
Anas mengatakan:
" Oleh sebab itu,
ketika aku minum,
aku meneguk sebanyak tiga kali "
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)






 nak taw dak...
kita dok menyawa ni...
masa hembuih 2...karbon dioksida ngan bakteria-bakteria kuman apa semua
abeh keluaq kot lubang hidung ngn qengkong...
kalau hat dok sakit demam tu lagi teqok lah
hat influenza a b c apa semua tuh
virus-virus pesyen tu beranak cukop cepat dalam ayaq hat kita menyawa 2
dah 2...ayaq 2 tak tahan dah laa
ni la hat nak bawak melaqat abeh segala penyakit ni

lagi pulak...
lagi kita dok sedut hembuih sedut hembuuih...
esophagus pon naik gelong la
dok heqan nak bukak bagi angin ka ayaq yg masuk
laih2...tersedak kuaq kot idung la apa lagi...

benda senang jaa...
nabi dah kata...kalau gamak tak percaya pon
tu hah...sains pon dah bagi bukti
lepaih ni minum lek lok naa






karya unggul....cikgu bm ~~~ Nurhaslinda bt Abdul Rani 

Monday 2 April 2012

Air oh air......



Air adalah satu ciptaan Allah s.w.t yang ajaib untuk umatnya dan seluruh kehidupan di dunia. 

Tapi tahukah anda apa rahsia yang terkandung di dalam air??

Seorang penyelidik pakar dari Jepun telah membuka mata manusia bahawa air bukanlah sekadar 'air'..Beliau membuktikan molecule2 air boleh berubah-ubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut. Ada pelbagai bentuk molecule2 air, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah berlian hinggalah ke hodoh dan menggerunkan.

Di sebuah seminar yang diadakan oleh pakar air dari Jepun itu menunjukkan molecule air berkilau dan bercahaya seperti berlian apabila dibacakan ayat2 Al-Quran , tetapi molecule air itu berubah seperti sel-sel barah apabila dibacakan kata-kata kesat kepadanya.

molecule air zamzam

molecule air yang dibacakan surah Ruqyah
contoh molecule air yang dibisikkan kata-kata tak elok.

molecule air dibisikkan nama syaitan

molekul air heavy metal


Ini terbukti dalam Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ ayat 82 mafhumnya:

“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi penyembuh(ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman(yang mempercayainya) dan tiadalah Al-Quran itu menambahkan kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” 


Ternyata air juga adalah satu kehidupan yang diciptakan Allah s.w.t.Inilah satu keajaiban Allah s.w.t yang menciptakan sesuatu yang menakjubkan. Bayangkan kalau air itu diucapkan kalimah2 Allah s.w.t, tentu lagi berkilau cahaya molekulnya.




by: W Nur Izzati bt W Mohd Saipallah




cinta anda terletak pada diri anda

Siapa kata hidup kita tak ada cinta?
walau seburuk mana orang itu atau tidak sesempurna mana orang tu hidup dia tetap ada cinta. kalau jumpa orang yang macam saya sebut tadi cuba tanya dia, hidup dia penuh tak dengan bunga-bunga cinta. Saya gerenti 100% yang dia akan jawab yang "iya". Kalau tanya banduan-banduan kat penjara pun mesti diorang beri jawapan yang sama, malah sesetengah orang tu hidup dengan bercinta je. Even Dato' Siti Nurhaliza pun ada lagu tentang cinta dia atas kertas. Setiap orang hidup dia penuh dengan bunga-bunga cinta, ada yang baru nak cambah, ada yang dah kukuh dan ada juga yang dah layu. Mesti sekarang korang yang tak pernah "couple" ni ingat saya menipu tetapi saya cakap yang benar dan percayalah...siapa kata cinta itu hanya untuk orang bukan muhrim? anda salah dan anda sebenarnya yang menyimpitkan istilah cinta dalam kamus hidup anda....cinta anda adalah milik ALLAH..dan orang sekeliling anda..hargailah sebaik mungkin cinta sekeliling anda..kerana daripada itu anda akan pelajari untuk menghargai cinta seterusnya.....
........percayalah bahawa cinta itu ada untuk anda.......





made by:hanicute

Saturday 31 March 2012

ancestor


Kalau tak salah saya,
Abah pernah cakap moyang saya belah beliau dari Pakistan.
Mama pernah cakap moyang saya belah beliau dari Brunei.

No matter where I came from, being a muslim is what I look up into.

Remember to whom you belong to?

p/s: from Allah we come, to Allah we return.












conteng-conteng oleh: NUR 'ALIAA BT ABDUL RAZAK

reorient your heart

We put so much focus on appearances. Wonderful talented people spend miserable lives because of some physical aspect which they find unattractive. Like small height or dark complexion or acne or some other “unfortunate” thing. 


Our stress is only on “looking” good and not on “being” good although we all know that when we live with a person or have any dealing with him then it’s not the looks but his character is what matters. Similarly you can look around and see how people are obsessed with clothes and cosmetics and hairstyles and jewellery….why? Because we have willingly surrendered to this illusion of appearances.




It doesn’t mean that we should neglect our appearance altogether. Do take care of your health, eat sensibly, sleep adequately and work tirelessly…


But what we do have to worry about and consequently work on are two things: Our hearts and our actions because Allah is constantly keeping note of these two things. We can say that actions are in our control so we can improve in that but what can we do to improve our hearts?



So let’s give it our best and you will see that once you get onto this cycle of straightening out your hearts with good deeds and vice versa you will no longer be worried about impressing anyone with artificial things, rather all your effort will be to impress Allah with your genuine feelings and actions.




May Allah guide us to the very best…Amiin












SUMBER: INTERNET
CONTENG-CONTENG OLEH: NUR 'ALIAA BT ABDUL RAZAK

Thursday 29 March 2012

ShOes?? Kasut??

KASUT!! oh kasut!!
well...semua orang pakai kasut kan??
kalau tak..anda mesti berKAKI AYAM..hehe..

Mari kita lihat perbezaan kasut dulu dgn sekarang.Bukan manusia je boleh berubah..kasut punnn..

Ni kasut zaman dahulu kala..pada zaman china



Kecil tak??
Mengikut fakta, kanak-kanak china yang berumur 2-3 tahun akan diikat kakinya supaya kelihatan kecil dan cantik..so?? tak pelik la kalau kasut nih mereka boleh muat kan??

Ni pula gambar kasut pada masa kini yang mengalami proses kemodenan..







Jadi,kasut memang PENTING dalam kehidupan kita sebab ia melindungi kaki kita dari perkara yang tak diduga boleh berlaku..
CREATED BY : NUR ADIBAH BINTI MD SALEH


Wednesday 28 March 2012

bagaimana AL-QURAN disusun???



terdapat pernyataan bahawa baginda Rasulullah S.A.W.
merupakan seorang yang tidak dapat membaca dan juga menulis...
di dalam bahasa arab ia disebut sebagai 'al-ummiy'

itulah kelebihan daripada ALLAH S.W.T
ke atas Rasulullah S.A.W.
untuk memperlihatkan betapa hukum akal sama sekali tidak dapat menandingi kehendak ALLAH S.W.T
cerita yang ingin saya kongsi tercetus setelah saya membaca sebuah teks
hasil karya seorang lulusan Maahad Qira'at al-Azhar Shubra
saudara Mohd Adib Hassan Sa'ari




mengikut perbahasan ulama'

terdapat percanggahan pendapat
dalam penentuan susunan ayat-ayat dan surah-surah di dalam al-Quran
iaitu sama ada penyusunan itu adalah 'tauqifi' atau 'ijtihadi'

 'tauqifi' ialah ketetapan daripada ALLAH S.W.T
yang telahpun dicatatkan di Luh Mahfuz

'ijtihadi' pula merupakan ketetapan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W
dan dipersetujui oleh para sahabat



menurut Asy-Syeikh Muhammad Makky Nasr
di dalam buku karangannya yang bertajuk
'Nihayah Al-Qauli Al-Mufid Fi Ilmi At-Tajwid'
yang menjelaskan bahawa

setiap kali wahyu yang dibawa oleh Jibril A.S. diturunkan,
Rasulullah S.A.W. akan memanggil para sahabat
untuk menghafaz dan menulis ayat-ayat al-Quran
sama ada di atas tulang-belulang, kulit, pelepah kurma, daun-daun kayu, batu
dan lain-lain

walaupun penulisan tersebut adalah tercerai-berai
serta tidak dikumpulkan dalam satu mushaf
para sahabat tetap menghafaz serta menulisnya
kerana mahukan budaya ilmuwan yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.
iaitu 'sunnah muttaba'ah'

maka di sinilah bukti yang jelas bahawa
Rasulullah S.A.W. terus mengajar para sahabat penulis wahyu
yang digelar 'kuttab al-Wahyi
tentang cara untuk meletakkan serta menyusun ayat-ayat tersebut
di dalam surah-surah yang tertentu
seperti mana yang telah diajar oleh Jibril
ketika proses 'talaqqi musyafahah' berlaku





hujah dan bukti

hujah ini adalah disokong kuat oleh sebuah hadis
hadis tersebut telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pada Rasulullah S.A.W. yg bermaksud

"Aku bertanya kepada Uthman bin Affan
kenapakan kamu meletakkan garis sahaja
antara surah al-Anfal dengan surah at-Taubah?
sedangkan surah al-fatihah sehingga awal surah al-Anfal terdapat tulisan 'basmallah' untuk membezakan surah.
Apakah sebabnya kamu berbuat demikian?"

lalu Uthman memberitahu bahawa
apabila wahyu diturunkan
terdapat beberapa surah yang disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. adalah pendek
lalu Rasulullah S.A.W. memanggil para sahabat
serta menyuruh mereka untuk meletakkan surah yang tertentu berdekatan surah yang tertentu

apabila diturunkan sesuatu ayat
Rasulullah S.A.W. menyuruh mereka untuk meletakkan ayat-ayat tersebut di dalam surah-surah tertentu
adapun surah al-Anfal adalah merupakan antara surah terawal yang diturunkan di Madinah
manakala surah at-Taubah pula adalah antara yang akhir di dalam al-Quran
dan kisah-kisanya pula hampir sama dengan surah al-Anfal

kemudian apabila Rasulullah S.A.W. wafat
dan tidak menerangkan sama ada surah at-Taubah adalah sebahagian daripada surah al-Anfal
maka aku berpendapat untuk tidak menulis 'basmallah'
kerana ia adalah sebahagian daripada surah tersebut
Abu Jaafar berkata bahawa
aku hanya meletakkan 'basmallah' pada tujuh surah yang panjang

demikianlah, wallahualam



firman ALLAH dalam surah al-Isra' ayat 106
yang bermaksud
"Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacanya kepada manusia
dengan lambat dan tenang (mudah difahami dan dihafaz);
dan Kami menurunkannya secara beransur-ansur"




exclusively created by Nurhaslinda for 7d00dles

Sunday 25 March 2012

air masin & air tawar serta sungai dasar laut


Kisah air masin dan air tawar & sungai di dasar lautan

 Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53)
if kOrang termasuk dalam spesis yang minat tengOk `Discovery channel’ mesti kenal dengan  Mr.Jacques Yves Costeau  kan? Kalau X penah dengar pun it’s Ok.. kitOrang bOleh citer.. Mamat ni sebenarnya seorang ahli oceanografer and also ahli selam terfemes dari Perancis. Mamat yang dah  putih pun rambutnya ni sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia and buat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk tontonan di seluruh dunia.. Bez kan keje beliau?
Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi kat bawah laut, tiba-tiba beliau ni jumpa beberapa kumpulan mata air tawar yang segar and sedap amat rasanya kerana X bercampur @ X melebur dengan air laut yang masin kat sekelilingnya, seolah-olah ada dinding Or membrane yang membatasi keduanya..
FenOmena ganjil bin pelik a.k.a ajaib tu memeningkan Mr. Costeau and mendorong beliau untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin kat tengah-tengah lautan tu..  beliau pun mulai berfikir, entah2  tu hanya halusinasi Or khalayan beliau jek sewaktu menyelam..  time pun pass tapi beliau masih belum menemui jawapan yang memuaskan pasal fenOmena ganjil tu.. until 1 day beliau  bertemu dengan sOrang prOfesOr muslim, then beliau pun cerita lah fenOmena ganjil itu.  PrOf tu teringat pada ayat Al-Quran pasal bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang selalu dikaitkan dengan Terusan Suez .   Ayat itu berbunyi,

مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Maksudnya:  Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)

Then dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas..
Selain tu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi X bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.  But  tafsiran itu X menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,

يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Maksudnya:  Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)

Padahal X ada mutiara yang dihasilkan di muara sungai..
Terpesonalah Si Mr. Costeau mendengar ayat2 Al-Quran tu, melebihi amazingnya beliau  melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam..  Al Quran ni impossible disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana X ada peralatan selam yang canggih lagi untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.. news  tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam betul2 suatu mukjizat..  At last terbukti pada abad 20, Mr. Costeau cakap  yang  Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.  bcOz Of dat, beliau pun memeluk Islam..

Allahu Akbar…! Mr. Costeau dapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.  Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.
Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”.  Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

If  kOrang sOrang penyelam, then kOrang harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico .  Kat sana ada sebuah gua.  If kOrang menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), but if kOrang menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, then kOrang dapat lihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji kata lah kan, ia bukan sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida Or hydrogen sulphide yang  nampak macam  sungai… luar biasa kan? see betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. 



 فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
(Al-Rahman 55: 13)

أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاء الْأَرْضِ أَإِلَهٌ مَّعَ اللَّهِ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)

the important thing dat I wanna highlight here is kebesaran Allah dalam penciptaanNya and  al-Quran itu mukjizat yang agung.. But the most important ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf and seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya.. Whether  Jaques benar-benar Islam Or nOt sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah.. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini..
sekian..
 by : Normazila Emilia