Sunday 8 April 2012

7ragam gangguan TIDUR

Gangguan tidur mempunyai ragam yang tersendiri, dan perlu diperhatikan oleh orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dapat dikenal pasti:

1. Delayed Sleep Phase Disorder
Masalah ini ditandai dengan kesukaran untuk tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi. Kebanyakan orang menganggapnya merupakan sesuatu yang normal tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.

2. Insomnia
Ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur, terutama di malam hari. Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup seperti stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.

3. Apnea tidur
Biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat saluran pernafasan tertutup, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru. Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk sepanjang hari.

4. Narcolepsy
Merupakan ganguan neurologi yang disebabkan kurangnya hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual tidugr dan bangun setiap hari. Narcolepsy akan membuat seseorang dapat tidur walau di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda mengantuk terlebih dahulu.

5. Restless Legs Syndrome
Merupakan satu gangguan yang dirasakan pada kaki. Rasa tidak selesa seperti rasa gatal dengan intensiti yang berbezabeza sering dirasai, menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.

6. Periodic Limb Movement Disorder
Penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.

7. Berjalan ketika tidur
Gangguan ini merupakan keadaan paling parah ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang biasanya dilakukan ketika di waktu lain, Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah dilakukan ketika sedang tidur.




by : normazila emilia

No comments:

Post a Comment