Usah terkejut apabila ada yang melahirkan rasa hati kepada anda sedangkan anda tahu tiada yang istimewanya pada diri anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Pandangan manusia tentang kecantikan dan ketampanan adalah subjektif...
Bukan semua manusia mengakui bahawa yang kurus itu cantik. Ada yang beranggapan yang sasa itu tampan.. ini kerana ukuran cantik dan tampan oleh manusia tidak pernah sama. Misterinya suara hati memang sukar untuk dibaca dan manusia juga gagal mencipta sebarang alat untuk mengukur makna cantik dan tampan kepada seseorang.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, malah dalam Islam kecantikan itu bukan terletak pada wajah dan keturunan sebaliknya apa yang ada di dalam hati. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak
Berkacalah tatkala bercermin kerana dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Pandangan manusia tidak sama, sejuta mengatakan anda tidak cantik. Sepuluh juta mungkin mengatakan sebaliknya. Hanya anda yang belum berjumpa dengan mereka. Itu yang membezakan. :)
No comments:
Post a Comment