Wednesday 28 March 2012

bagaimana AL-QURAN disusun???



terdapat pernyataan bahawa baginda Rasulullah S.A.W.
merupakan seorang yang tidak dapat membaca dan juga menulis...
di dalam bahasa arab ia disebut sebagai 'al-ummiy'

itulah kelebihan daripada ALLAH S.W.T
ke atas Rasulullah S.A.W.
untuk memperlihatkan betapa hukum akal sama sekali tidak dapat menandingi kehendak ALLAH S.W.T
cerita yang ingin saya kongsi tercetus setelah saya membaca sebuah teks
hasil karya seorang lulusan Maahad Qira'at al-Azhar Shubra
saudara Mohd Adib Hassan Sa'ari




mengikut perbahasan ulama'

terdapat percanggahan pendapat
dalam penentuan susunan ayat-ayat dan surah-surah di dalam al-Quran
iaitu sama ada penyusunan itu adalah 'tauqifi' atau 'ijtihadi'

 'tauqifi' ialah ketetapan daripada ALLAH S.W.T
yang telahpun dicatatkan di Luh Mahfuz

'ijtihadi' pula merupakan ketetapan yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W
dan dipersetujui oleh para sahabat



menurut Asy-Syeikh Muhammad Makky Nasr
di dalam buku karangannya yang bertajuk
'Nihayah Al-Qauli Al-Mufid Fi Ilmi At-Tajwid'
yang menjelaskan bahawa

setiap kali wahyu yang dibawa oleh Jibril A.S. diturunkan,
Rasulullah S.A.W. akan memanggil para sahabat
untuk menghafaz dan menulis ayat-ayat al-Quran
sama ada di atas tulang-belulang, kulit, pelepah kurma, daun-daun kayu, batu
dan lain-lain

walaupun penulisan tersebut adalah tercerai-berai
serta tidak dikumpulkan dalam satu mushaf
para sahabat tetap menghafaz serta menulisnya
kerana mahukan budaya ilmuwan yang terdapat pada Rasulullah S.A.W.
iaitu 'sunnah muttaba'ah'

maka di sinilah bukti yang jelas bahawa
Rasulullah S.A.W. terus mengajar para sahabat penulis wahyu
yang digelar 'kuttab al-Wahyi
tentang cara untuk meletakkan serta menyusun ayat-ayat tersebut
di dalam surah-surah yang tertentu
seperti mana yang telah diajar oleh Jibril
ketika proses 'talaqqi musyafahah' berlaku





hujah dan bukti

hujah ini adalah disokong kuat oleh sebuah hadis
hadis tersebut telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas pada Rasulullah S.A.W. yg bermaksud

"Aku bertanya kepada Uthman bin Affan
kenapakan kamu meletakkan garis sahaja
antara surah al-Anfal dengan surah at-Taubah?
sedangkan surah al-fatihah sehingga awal surah al-Anfal terdapat tulisan 'basmallah' untuk membezakan surah.
Apakah sebabnya kamu berbuat demikian?"

lalu Uthman memberitahu bahawa
apabila wahyu diturunkan
terdapat beberapa surah yang disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. adalah pendek
lalu Rasulullah S.A.W. memanggil para sahabat
serta menyuruh mereka untuk meletakkan surah yang tertentu berdekatan surah yang tertentu

apabila diturunkan sesuatu ayat
Rasulullah S.A.W. menyuruh mereka untuk meletakkan ayat-ayat tersebut di dalam surah-surah tertentu
adapun surah al-Anfal adalah merupakan antara surah terawal yang diturunkan di Madinah
manakala surah at-Taubah pula adalah antara yang akhir di dalam al-Quran
dan kisah-kisanya pula hampir sama dengan surah al-Anfal

kemudian apabila Rasulullah S.A.W. wafat
dan tidak menerangkan sama ada surah at-Taubah adalah sebahagian daripada surah al-Anfal
maka aku berpendapat untuk tidak menulis 'basmallah'
kerana ia adalah sebahagian daripada surah tersebut
Abu Jaafar berkata bahawa
aku hanya meletakkan 'basmallah' pada tujuh surah yang panjang

demikianlah, wallahualam



firman ALLAH dalam surah al-Isra' ayat 106
yang bermaksud
"Dan al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacanya kepada manusia
dengan lambat dan tenang (mudah difahami dan dihafaz);
dan Kami menurunkannya secara beransur-ansur"




exclusively created by Nurhaslinda for 7d00dles

No comments:

Post a Comment